Sunday, July 22, 2007

Fadhilat puasa sepanjang Rejab


REJAB bulan ketujuh dalam kalendar
Islam muncul lagi. Rejab yang
bermaksud ta'azim (kebesaran,
keagungan, kemuliaan) kerana Allah
akan melimpahkan rahmat-Nya dan
kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat
mulia. Pada bulan itu mengandungi
peristiwa bersejarah kepada orang
Islam di mana berlakunya peperangan
Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada
tangan tentera Salib dan ada
berpendapat bulan inilah berlakunya
peristiwa Israk dan Mikraj Nabi
Muhammad. Tidak kurang juga ramai
melihat Rejab sebagai satu bulan
spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa. Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang
mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab:

Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa
pada Rejab adalah seperti berikut:

Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke
neraka.

Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.

Puasa lima hari - aman dari azab kubur.

Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.

Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.

Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di
titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun,
diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70
hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al- Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat
ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan
sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis
daripada manisan, lebih dingin daripada salji. Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu
kali.
Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai. Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.

Doa pada Rejab:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku
bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Beristighfar paling baik dalam bulan
Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Thursday, July 19, 2007

Baby along


Ni la die baby yusshakir iskandar. anak along dan cucu first atok dan neneknyer. Kuat nangis sama mcm maklangnyer. More to come along? hehe we'll see...

Friday, July 6, 2007

For mum's

Ibu...
Kau Cahaya Menerangi Diri,
Kau lah Kebahagiaan,
Kau Jua dorongan semangat,
Dan Kau Jua Ratu Hati,

Ibu…
Bicaramu Menyentak Hati,
Lembut Dan Halus Penuh Keiklasan,
Suaramu Bisa Mengegarkan Jiwa,
Sehingga Anakmu Terpana Di Dalam Jaga,

Ibu…
Kau Tega Dalam Mendidik,
Penuh Kasih sayang,
Penuh Kesabaran,
Penuh Kelembutan,
Dan Penuh Kemesraan,

Ibu…
Cahaya Kau Bukan Lilin,
Cahaya Kau Bukan Pelita,
Cahaya Kau Bukan Jua Dari Obor Yang Menyala,
Tetapi…
Cahaya Kau Sungguh Ajaib,
Cahaya Kau Bukan Sementara,
Cahaya Kau Menerangi Hidup anakmu Selamanya,

Ibu…
Walau Menggunung Emas Di Daratan,
Budimu Tidak Dapat Di Balas,
Walau Berjuta Perak Berselerakan,
Hatimu Tidak Mudah Di Peras,
Kerna Itu…
Ingatan Padamu Tetap Selamanya,
Ku Tanam Kekal Dalam Jiwa…

Taken from: http://www.geocities.com/fadil101/puisi.htm

Tuesday, July 3, 2007

Trip to the Penang Island

Trip to penang 9/6/2007 hingga 11/6/2007. kali ni trip ni dijalankan tuk mengambil dila dr habis praktikalnyer smbil2 bercuti. Berjalan2 disekitar Penang Hill dan Queensbay Mall. Tak lupa juga membeli-belah di George Town tuk beli jeruk2. This time i feel very happy bcoz can get home after 2 months struggle in others country...hehe...

Trip to the north again

Trip ke utara skali lg pada 3o/3/2007 hingga 1/4/2007. Mula2 ke perlis tuk amik laptop dn gieha...hehee...singgah berhinggap di umah bell..Pastu pi penang pule mnghantar dila tuk praktikal di USM. fuhhmann very tired maa...tp sronot2 le jgak...

Monday, July 2, 2007

Cukur Jambul Ezira

Cukur Jambul tuk Ezira aka Cira, pada 1/1/2007 dan menyambut tahun baru sekaligus.

Journey to the north


Trip to Perlis, selama 3 hari bermula 1/7/2006 hingga 3/7/2006. What a wonderful journey, pi anta gieha msuk UUM. Sepanjang di sana kami berhinggap di umah bell. Her house very extravaganza and all the scenery was very peaceful hehe... Seronok bergaul dgn down to the earth kinds of people. We hope soon, we can reach there back...